October 14, 2011

cinta

kadang-kadang kita terpaksa menyintai seseorang dari kejauhan dan meninggalkannya di tangan tuhan. Kita mungkin menangis kerana mencintai orang yang salah , namun satu hal yang pasti , kesalahan dan kesilapan itu menjadi pengalaman berguna untuk membantu kita mencari orang yang tepat. Cinta sejati harus di kedua-dua belah pihak. Itulah yang membuatnya sukar diperolehi.  Kadang-kadang kita perlu berlari untuk melihat adakah seseorang akan mengejar dan memujuk kita kembali. Kadang-kadang tertawa bukanlah sesutau yang dilakukan untuk bersenang-senang. Kadang-kadang ia adalah satu pelarian sari memikirkan terlalu banyak masalah. KIta mungkin mempunyai semua hal di dunia , tetapi tanpa cinta , kita tiada apa-apa. Jangan membenci orang yang membenci kita. Dan maafkan mereka yang tidak mengerti. Ucapan selamat tinggal tanpa alasan adalah suatu hal yang sangat menyakitkan. Cinta yang tanpa sebab adalah paling indah. Jika kita mendapati diri kita jatuh cinta , jangan jatuh terlalu cepat. Kita mungkin berakhir dengan cinta yang tidak akan bertahan. Kita harus dapat memaafkan diri sendiri. Melepaskan apa yang pahit dan terus maju demi masa depan yang lebih baik. Cinta pertama selalu yang paling manis , tapi luka yang pertama selalu yang terdalam. Jika seseorang tidak dapat menerima kita dalam keadaan kita yang terburuk , mereka tidak layak mendapat kita dalam keadaan kita yang terbaik. Diam kadang kala adalah jawapan yang paling baik. Perasaan yang paling pahit yang terpaksa ditelan adalah duduk di sebelah seseorang yang bererti bagi kita dan mengetahui bahawa kita tidak bererti apa-apa kepadanya. Kepahitan akibat mengetahui kebenaran jauh lebih baik daripada kebahagiaan akibat sesuatu pembohongan.